Monday, October 22, 2012

Perawatan: Angin pasang

Alhamdullilah thumma Alhamdulillah. Hari ini saya dah mendapat satu ilmu perawatan yang baru iaitu bagaimana menyembuhkan penyakit angin pasang. Angin pasang ini adalah satu penyakit yang khas utk lelaki sahaja, wanita tak akan dapat penyakit ini seumur hidup mereka. Penyakit ini berpunca daripada pemakanan yang mempunyai banyak angin seperti labu manis, segala jenis kacang dan ubi kayu. Penyakit ini menyebabkan testis lelaki menjadi besar sebelah dan terasa sangat senak. Keadaan ini menyebabkan pesakit tidak selesa dan resah. Duduk bersila tak selesa, kemudian duduk melunjur kaki tak selesa, kemudian melipatkan kaki pun tak selesa. Pendek kata ia mesti diubati dengan segera. Jadi bagaimana dengan perawatan?

Mula-mula kita mesti cari pohon kekabu,


Inilah pohon kekabu




Bagaimana nak mengenali pohon kekabu, jom kita kenal dulu daunnya.


Inilah daun pokok kekabu

Sekarang apa yang perlu kita buat? Mari kita pergi ke batang pokok dan toreh kulitnya menggunakan parang. Toreh dalam bentuk petak.


Kemudian tanggalkan kulit pohon kekabu dan bawa balik ke rumah. Ketuk dengan menggunakan lesung batu atau tukul besi, mana-mana yang sesuai untuk memasti ia pecah utk mendapat khasiat maksimum. Air yang dah direbus berwarna merah dan pastikan ia pekat. Bagaimana nak tahu ia pekat? Ketika pesakit minum, pesakit akan merasakan rasa yang sangat kelat.


Inilah kulit kekabu yang telah direbus

Insya Allah dengan izin Allah, angin pasang pesakit akan surut dalam tempoh 24 jam. Seorang pesakit memberikan testimoni yang beliau merasa lega dan boleh menunggang motosikal semula 12 jam selepas meminum air ini.

Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment