Saturday, July 14, 2012

Kembaraku di Malaysia Timur


Pertama kali dalam seumur hidup aku di dunia ini menaiki penerbangan yg membawa ke Kuching, Sarawak. Pada asalnya aku sangkakan Kuching adalah bandaraya yang mundur dan tidak banyak bangunan pencakar langit. Tanggapan aku itu meleset bilamana kapal terbang hampir mendarat. Aku sempat memerhati dari dalam tingkap kapal tebang, banyaknya lampu-lampu neon berwarna kuning melimpahi bandaraya Kuching ini. Setelah mendarat, aku dibawa adik bongsuku dan tiga orang kawannya utk menginap di Culture Inn, sebuah motel orang Cina. Kami yang kepenatan terus tidur sejurus selepas solat jamak isya’ dan maghrib.
Pada pagi keesokan harinya, kami bertolak ke Sarikei untuk membawa mak kami membeli belah. Pasar lambak ini penuh dengan jualan barang-barang dari Sarawak dan Indonesia. Mak sempat beli baju batik  Indonesia. Kebanyakan penjual di sini berasal dari Indonesia, agaknya orang Malaysia ni kaya-kaya sampai sanggup saja berniaga di sini. Aku sendiri membeli sebentuk cincin yg berbatu delima warna biru. Orang Indonesia juga yang jual. Kemudian aku belikan sebuah beg pakaian beroda untuk hadiahkan kepada mak. Kebetulan beg pakaian yg dia bawa sudah rosak zipnya sehingga ternganga mulut beg. Sungguh tak sanggup aku melihatnya.

Sebelum balik ke motel. Aku terus mencuba bekam lintah sebanyak 4 ekor di bahagian hidungku. Orang Indonesia tersebut memberitahu bayaran yg bakal dikenakan adalah seikhlas hati diriku. Memandangkan aku memang  pengamal sunnah bekam. Aku terus menyetujuinya. Dalam masa yang sama tidak ada pelanggan di tempatnya masa tersebut. Agak lama masa yg diambil untuk berbekam agak lama kira-kira 40 minit. Langsung tak terasa sakit, cuma gatal-gatal di titik yg digigit lintah-lintah tersebut.  Setelah kenyang, lintah-lintah tersebut melepaskan dirinya jatuh ke atas tanah tanpa paksaan. Setelah itu, orang Indonesia tersebut membersihkan bekas luka tersebut dengan cecair antiseptik dan menampal kapas tersebut menggunakan ‘plaster.’Setelah itu, muka aku seperti orang yg cedera ditumbuk orang penuh dengan plaster. Darah kadangkala mengalir keluar dari celah-celah kapas. Kami bertolak pulang kira-kira pukul 1 petang. Setelah solat jama’ Zohor dan Asar, kami terus berehat sementara menanti malam tiba.

Pukul 9.00 malam pula kami mengambil peluang berjalan-jalan di sekitar Wisma Sintok. Kami singgah makan di warung-warung pasar malam. Nak kata pasar malam pun tak boleh juga kerana menurut adikku tempat tersebut buka bermula pagi hari sabtu sehingga ahad pagi esoknya. Mak makan mee Sarawak dan adikku makan mee ‘kolok’. Semua yg berniaga di pasar ini adalah orang cina bukan islam. Err, macamana dengan tempat kami makan tadi. Kami yakin orang melayu yg menjualnya adalah orang Islam. Cuma terdetik di dalam hati tertanya-tanya adakah tukang masak perempuan itu solat atau tidak, auratnya banyak terdedah. Nak ke tempat lain, adik dan mak dah ambil pesanan. Entahlah. Di sini banyak barang cenderahati dijual seperti rantai kunci, t shirt kolar bulat, magnet dan pelbagai barangan lain yg bertemakan Sarawak. Mak hanya membeli magnet berukirkan gambar bangunan untuk dilekatkan di peti ais dirumah nanti. Tamatlah perjalanan kami pada hari ini.

No comments:

Post a Comment