Saturday, May 25, 2013

Ah! Perempuan memang sukar difahami lelaki

Ah! Perempuan memang sukar difahami lelaki. Lebih lebih lagi kalau sedang mengandung. Suka menukar keputusan bila bila masa yang disukai dengan penuh emosi. Atas alasan itulah wujudnya sekumpulan manusia yang suka mengkaji psikologi perempuan. Antara contoh yang ketara adalah Encik Ali menemani isterinya membeli tudung. Encik Ali sangat teruja kerana isterinya setuju untuk menolong Encik Ali memilihkan tudung. Encik Ali sudah lama berhajat untuk menghadiahkan tudung labuh untuk maknya. Kedai yang kecil itu kosong semasa Encik Ali dan isteri memilih-milih tudung yang dihajati. Diselak-selak tudung-tudung oleh kedua-dua suami isteri ini. Tak lama kemudian, dua tiga orang perempuan kemudian memasuki kedai. Keadaan itu menyebabkan Encik Ali bergesel dengan mereka di dalam kedai yang kecil itu. Melihat keadaan itu, isteri Encik Ali menyuruh Encik Ali beredar untuk pergi ke tempat lain. Encik Ali mencari-cari kerusi untuk duduk namun tidak ada tempat duduk. Oleh sebab itu, Encik Ali beredar dan pergi jauh dari tempat untuk mencari kerusi. Encik Ali duduk selama 10 minit dan sambil menguis-guis telefon pintarnya dan membaca aplikasi whatsapps yang sarat dengan maklumat sebuah NGO yang diminati.

"Abang! Mana abang pergi?" Jerkah isterinya.

"Dah awak halau saya tadi, macamana saya nak pilih tudung sama-sama" Jawab Encik Ali selamba.

"Haishhhh, cepat ikut saya" Balas isterinya.

Encik Ali kebingungan. Lama beliau memikirkan apa kesalahannya?

"Apakah salahku" Jerit hati Encik Ali.

"Aku menuruti arahan isteriku itu.

No comments:

Post a Comment