Wednesday, July 3, 2013

Petua mengubati buasir

Ada 2 petua yang boleh diamalkan untuk mengubati buasir.

Pertama.



Makan herba HPA Ficus sebanyak 3 biji sebelum waktu makan. Ambil tiga kali iaitu pada waktu pagi, tengahari dan malam. Pengambilan ini khusus untuk ibu yang mengalami buasir selepas bersalin. Herba ini dengan izin Allah akan mengecutkan usus yang terkeluar dari dubur.


Kedua







Ambil 3 uncang atau 5 uncang teh pegaga. Rendam ke dalam air suam. Kemudian sapukan perlahan-lahan ke tempat buasir tersebut. Kemudian sapukan dengan minyak but but. In Syaa Allah akan kecut buasir tersebut selepas 2 hari. Petua ini telah dipraktikkan kepada isteri saya yang buasir selepas bersalin.

Selamat mencuba!

Monday, June 10, 2013

Alhamdullilah! Pak Morad sudah kembali

Syukur kepada Allah S.W.T. kerana mengembalikan seorang yang berakhlak mulia, bersedekah jariah dengan memberi kualiti kerja yang terbaik walaupun dia seorang yang berpendapatan rendah (Kategori pekerja am). Allah telah menggerakkan hatinya kembali ke tempat yang penuh dengan tarbiah dan pendidikan insan melebihi institusi pendidikan sekular yang lain.

Semoga Allah menetapkan hatinya untuk terus bersama-sama dengan institusi yang dibangunkan dengan pengorbanan mereka yang terdahulu. Ada sebahagian mereka yang terdahulu menjual kereta untuk mewujudkan institusi pendidikan yang holistik ini.

Apa apa pun, selamat kembali Pak Morad kerana kami merindui mu.

Saturday, May 25, 2013

Ah! Perempuan memang sukar difahami lelaki

Ah! Perempuan memang sukar difahami lelaki. Lebih lebih lagi kalau sedang mengandung. Suka menukar keputusan bila bila masa yang disukai dengan penuh emosi. Atas alasan itulah wujudnya sekumpulan manusia yang suka mengkaji psikologi perempuan. Antara contoh yang ketara adalah Encik Ali menemani isterinya membeli tudung. Encik Ali sangat teruja kerana isterinya setuju untuk menolong Encik Ali memilihkan tudung. Encik Ali sudah lama berhajat untuk menghadiahkan tudung labuh untuk maknya. Kedai yang kecil itu kosong semasa Encik Ali dan isteri memilih-milih tudung yang dihajati. Diselak-selak tudung-tudung oleh kedua-dua suami isteri ini. Tak lama kemudian, dua tiga orang perempuan kemudian memasuki kedai. Keadaan itu menyebabkan Encik Ali bergesel dengan mereka di dalam kedai yang kecil itu. Melihat keadaan itu, isteri Encik Ali menyuruh Encik Ali beredar untuk pergi ke tempat lain. Encik Ali mencari-cari kerusi untuk duduk namun tidak ada tempat duduk. Oleh sebab itu, Encik Ali beredar dan pergi jauh dari tempat untuk mencari kerusi. Encik Ali duduk selama 10 minit dan sambil menguis-guis telefon pintarnya dan membaca aplikasi whatsapps yang sarat dengan maklumat sebuah NGO yang diminati.

"Abang! Mana abang pergi?" Jerkah isterinya.

"Dah awak halau saya tadi, macamana saya nak pilih tudung sama-sama" Jawab Encik Ali selamba.

"Haishhhh, cepat ikut saya" Balas isterinya.

Encik Ali kebingungan. Lama beliau memikirkan apa kesalahannya?

"Apakah salahku" Jerit hati Encik Ali.

"Aku menuruti arahan isteriku itu.

Thursday, May 23, 2013

Tak boleh bersolat dengan selesa

Suatu pagi di sebuah sekolah rendah Islam di kawasan Klang. Kereta yang aku pandu  menyusur ke simpang menuju ke pintu pagar. Namun, berpuluh-puluh kereta tersusun di hadapanku menunggu giliran untuk masuk ke pintu pagar itu. Sehinggakan aku tak boleh meletakkan keretaku di dalam kawasan sekolah akibat kesesakan lalu lintas. Maklumlah, kawasan sekolah yang terhad untuk menurunkan semua 500 orang murid oleh ibu-bapa masing-masing. Berjalan mengiringi isteriku yang mengajar di dalam sekolah ini, aku melintas masuk lalu mengucapkan secara berseloroh "Selamat pagi ustaz" kepada pengawal keselamatan yang berkopiah itu. Sampai sahaja di kantin, kami berdua melabuhkan punggung di atas bangku. Semua meja hampir penuh dengan guru-guru dan ibu bapa yang menemani anak masing-masing untuk bersarapan. Kecur air liurku sambil perut berkeroncong melihat nasi goreng berlauk bergedil terhidang di atas mejaku. Lantas aku terus menyuap nasi masuk ke dalam mulutku. Belum sempat aku kunyah nasi goreng tersebut isteriku menegur "Abang! Dah baca doa ke belum?", Aku meletakkan kembali nasi goreng tersebut ke dalam pinggan sambil mengeleng-gelengkan kepala. "Belum" ujarku sambil menadah tangan lalu membaca doa. Aku meneruskan dengan makan perlahan-lahan. Malu bercampur ego ditegur isteriku.

Usai sahaja sarapan. Aku menemani isteriku ke bilik guru. Selepas isteriku mencium tanganku, aku terus menuju ke arah motosikalku yang letakkan di bawah bumbung atap asbestos bentuk empat segi. Pemegang tangan kupulas habis dan motosikalku membelah angin menuju ke pintu pagar luar. Tepat-tepat aku sebagai orang terakhir yang bakal keluar ke pintu tersebut, pengawal keselamatan berkopiah tadi sedang mengheret pagar beroda tersebut untuk menutupnya. Aku dihentikan pengawal keselamatan yang berumur separuh abad tadi.

Ketika itulah aku mematikan enjin motosikalku. Pak Morad memberitahu "Alhamdulillah, saya dah dapat duit bantuan kerajaan persekutuan RM500 dari pejabat LHDN bahagian Klang". Aku membalas "Baguslah kalau macam tu". Tiba-tiba di menghulurkan salam sambil berkata "Mualim, nak salam kejap". Aku bertanya "Kenapa tiba-tiba nak bersalam  ni Pak Morad?". Pak Morad dengan berseloroh "Salamlah dulu mualim, dapat hapus dosa". "Apalah lawak Pak Morad kali ni?" Detikku di dalam hati.

Pak Morad: Saya terpaksa tinggalkan sekolah ni bulan depan mualim. Saya tak boleh tahan dah dengan rakan sekerja yang tak boleh memahami jiwa saya.

Aku: Kenapa Pak Morad tiba-tiba cakap macam ni?

Pak Morad: Banyak benda saya tak puas hati ni mualim, dah berkali-kali saya tahan. Tapi dah makan hati sampai tahap saya tak boleh tahan dah mualim.

Aku: Tak boleh bincang ke?

Pak Morad: Nak bincang macamana, dah memang tak serasi dah. Nak pergi solat pun tak boleh lebih 10 minit. Badan dah berpeluh melekit kena panas, tak dibenarkan keringkan peluh, mandi dan sabun sebelum bersolat. Apa ni mualim? Kita nama saja sekolah Islam, takkan perkara solat pun tak boleh bertolak ansur keselesaan. Saya ni dah tua dah, jangan biar penyelia arah-arah saya solat tak lebih 10 minit mualim. Saya betul-betul tak tahan kalau nak ajar saya had masa untuk bersolat ni.

Aku: Nak buat macamana Pak Morad. Ujian Allah ni, takkan sebab ni pun nak berhenti?

Pak Morad: Takde mualim, saya betul-betul tak boleh tahan mualim, saya tetap dengan keputusan saya.

Aku: Kalau macam tu, apalah yang boleh saya buat Pak Morad. Saya pun betul-betul simpati. Eh, saya dah lambat ni. Saya ada temujanji dengan doktor klinik. Maafkan saya. Assalamualaikum.

Pak Morad: Waalaikumsalam.


Wednesday, December 19, 2012

Apa niat kita berkahwin???

Abang: Adik-adik nak kahwin tak?

Adik-adik: Nakkkkkkkkkk.

Abang: Eh, kenapa suka sangat ni?

Adik-adik: Alah abang ni. Takkanlah tak tahu. Kan lepas kahwin ada orang jaga makan-minum kita, pakaian kita, kesihatan kita.

Abang: Kalau dah niat awal-awal macam tu dah kira salah tuh. Kan niat kerana Allahkan lebih baik.

Adik-adik: Memanglah macam tu bang. Semua orang dah tahulah jadi tak payahlah sebut kalau orang dah tahu.

Abang: Ok, cuba bayangkan kalau pasangan kita tu tiba-tiba kena sakit kanser. Kitalah yang kena jaga makan-minum dia, pakaian dia, kesihatan dia. Masa tu kita mesti dah menyesal sebab kita mengharapkan layanan tapi sebaliknya kita pula yang kena melayan pasangan. Hah! Cane tuh?

Adik-adik: Ha ah betullah abang. Habis tu apa jadi kalau orang yang dah kahwin dengan orang yang macam tu bang?

Abang: Tu sebab abang kata kita kena niat kerana Allah. Memang penat jaga pasangan, rasa jemu, rasa meluat, rasa bosan. Tapi kalau kita jaga hati Insya Allah tak jemu sebab kita bergantung kepada Allah. Allah hidup selama-lamanya. Betul tak?

Adik-adik: Betullah bang (sambil mengangguk)



Monday, October 22, 2012

Perawatan: Angin pasang

Alhamdullilah thumma Alhamdulillah. Hari ini saya dah mendapat satu ilmu perawatan yang baru iaitu bagaimana menyembuhkan penyakit angin pasang. Angin pasang ini adalah satu penyakit yang khas utk lelaki sahaja, wanita tak akan dapat penyakit ini seumur hidup mereka. Penyakit ini berpunca daripada pemakanan yang mempunyai banyak angin seperti labu manis, segala jenis kacang dan ubi kayu. Penyakit ini menyebabkan testis lelaki menjadi besar sebelah dan terasa sangat senak. Keadaan ini menyebabkan pesakit tidak selesa dan resah. Duduk bersila tak selesa, kemudian duduk melunjur kaki tak selesa, kemudian melipatkan kaki pun tak selesa. Pendek kata ia mesti diubati dengan segera. Jadi bagaimana dengan perawatan?

Mula-mula kita mesti cari pohon kekabu,


Inilah pohon kekabu




Bagaimana nak mengenali pohon kekabu, jom kita kenal dulu daunnya.


Inilah daun pokok kekabu

Sekarang apa yang perlu kita buat? Mari kita pergi ke batang pokok dan toreh kulitnya menggunakan parang. Toreh dalam bentuk petak.


Kemudian tanggalkan kulit pohon kekabu dan bawa balik ke rumah. Ketuk dengan menggunakan lesung batu atau tukul besi, mana-mana yang sesuai untuk memasti ia pecah utk mendapat khasiat maksimum. Air yang dah direbus berwarna merah dan pastikan ia pekat. Bagaimana nak tahu ia pekat? Ketika pesakit minum, pesakit akan merasakan rasa yang sangat kelat.


Inilah kulit kekabu yang telah direbus

Insya Allah dengan izin Allah, angin pasang pesakit akan surut dalam tempoh 24 jam. Seorang pesakit memberikan testimoni yang beliau merasa lega dan boleh menunggang motosikal semula 12 jam selepas meminum air ini.

Selamat mencuba!



Monday, October 1, 2012

Kalau Allah tu baik, kenapa Dia cipta neraka?

Ini kisah benar. Kisah seorang gadis Melayu yang beragama Islam tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan 
menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah.Tujuannya untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. Dalam satu peristiwa , ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, adavseorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun beri nasihat,

" Lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis Perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang sejak dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak

"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang? Eleh"





Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat Ustaz tu. Dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, Ustaz tu pun menjawab:

"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tauke judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab guarantee masuk syurga. Mungkin adik ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau adik nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik???"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang Ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga. Lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya Ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:

"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga.





Dipetik dari 
http://jiwakitamerdeka.blogspot.com/2012/09/kenapa-allah-cipta-neraka-dan-syurga.html